Ruangan ini untuk PANDUAN TEMPAHAN UJIAN calon-calon Institut Memandu Cangiran.
UJIAN TEORI BAHAGIAN 1 (BERKOMPUTER)
Pusat Ujian pilihan ialah Pusat Ujian RILEK Simpang Tiga (Tel: 082-593019) dan Pusat Ujian RILEK Kota Sentosa, Batu 7 (Tel:082-629231). Pusat Ujian ini TUTUP pada setiap Cuti Umum.
Sila semak HELPDESK untuk status kehadiran Kursus KPP01 selewat-lewatnya 1 jam sebelum ujian. Adalah dinasihatkan supaya sentiasa menyemak HELPDESK untuk mengelakkan sebarang masalah tempahan ujian. Jika masih tiada rekod kehadiran kursus KPP01 dalam HELPDESK sila rujuk kami di talian 082-643140.
Apa yang perlu dibawa?
1. Kad Pengenalan/Pasport
2. RM10 untuk tujuan bayaran Photo Taking dan bayaran Ujian RM17 (Kelas B2) atau RM27 (Kelas D/DA). Bayaran ini dicaj oleh Pusat Ujian RILEK dan perlu dibayar di pusat ujian tersebut (caj belum termasuk GST 6%).
Etika Berpakaian Calon-Calon
Lelaki: Kemas, Baju berkolar, Seluar panjang, kasut (Selipar/Sandal, Seluar Pendek, dan Topi TIDAK DIBENARKAN).
Perempuan: Kemas dan sopan (Skirt pendek, seluar pendek, baju tidak berlengan, dan selipar TIDAK DIBENARKAN).
UJIAN PRAKTIKAL BAHAGIAN 2 DAN 3
Sila buat tempahan terus di pejabat kami.
Dokumen diperlukan:
1. salinan Kad Pengenalan
2. salinan Lesen L
3. Kad Latihan
4. Bayaran Ujian atau Resit Bayaran (jika bayaran telah dibuat)