Soalan Lazim

1. Bilakah dan di manakah saya perlu mendaftar?

Anda boleh mendaftar di Pejabat Pendaftaran calon di KULAS atau SEMARIANG, atau terus ke Pejabat Operasi di MATANG. Pendaftaran perlu dibuat selewat-lewatnya satu hari sebelum memulakan program.

 

2. Apakah yang perlu dibawa semasa pendaftaran?

MYKAD, Lesen Memandu (Lesen L, Lesen P, atau Lesen Memandu Kompeten) jika ada, dan bayaran untuk Kursus & Latihan.

 

3. Bolehkah saya mendaftar bagi pihak orang lain?

Ya, pastikan anda mempunyai butir-butir calon; nama, nombor kad pengenalan, dan nombor telefon. Adalah digalakkan supaya calon hadir semasa pendaftaran.


4.  Apakah mod pembayaran?

Tunai, cek ke atas Institut Memandu Cangiran Sdn. Bhd., atau online banking.


5. Bolehkah saya membuat bayaran secara ansuran/berperingkat?

Ya, rujuk jadual bayaran.

 

 

6. Apakah kelas lesen memandu yang dimaksudkan pada Lesen Memandu?

Kelas yang dimaksudkan adalah jenis kenderaan yang boleh dipandu mengikut jenis kelas yang dinyatakan dalam lesen memandu. Contoh: Kelas D ialah lesen memandu untuk kenderaan motokar tidak melebihi 3 tan.


7. Berapakah kelayakan umur untuk mendapatkan lesen memandu?

16 tahun untuk Kelas B2 dan 17 tahun untuk Kelas D. Umur dikira mengikut tarikh lahir, bukan tahun lahir.


8. Berapa lamakah tempoh yang dianggarkan untuk melengkapkan keseluruhan proses mendapatkan lesen memandu?

Anggaran tempoh yang paling singkat ialah 6 minggu.


9. Kenapa harga Lesen Memandu yang dicaj kepada pelanggan berbeza, dan tidak mengikut apa yang disenaraikan dalam senarai harga?

Harga Lesen Memandu yang disenaraikan dalam senarai harga adalah mangikut harga yang dicaj oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan. Walaubagaimanapun, kadang-kadang berlaku perbezaan harga adalah disebabkan oleh pemohon sudah memiliki lesen memandu sebelum ini, atau lesen memandu telah hilang, atau lain-lain perkara yang dinyatakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan. Harga Lesen Memandu adalah bukan dicaj oleh pihak Institut Memandu Cangiran, malah harga Lesen Memandu dicaj oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan.


10. Apakah yang dimaksudkan dengan Tempoh Bahagian 1?

Tempoh Bahagian 1 ialah tempoh yang diberikan untuk seseorang calon mendapatkan Lesen P bermula dari tarikh lulus Ujian Teori. Tempoh ini adalah selama 2 tahun, bermaksud Lesen Memandu Percubaan mestilah sudah dikeluarkan sebelum tarikh tamat Tempoh Bahagian 1.


11. Apakah perbezaan MyLESEN, Pakej 1, dan Pakej 2?

Kami menawarkan 3 jenis pakej untuk Kelas B2. Pakej MyLESEN dan Pakej 1 digalakkan untuk pemohon-pemohon yang sudah mahir menunggang motosikal. Pakej 2, kami cadangkan untuk pemohon-pemohon yang langsung tidak mahir menunggang motosikal. Harga pakej-pakej adalah tertakluk kepada terma & syarat.


12. Siapakah yang layak memohon MyLESEN dan Pakej 1?

Orang Awam Malaysia sahaja, yang belum pernah menghadiri mana-mana kursus yang dianjurkan oleh institut memandu.


13. Bolehkah saya membayar ansuran atau berperingkat untuk MyLESEN dan Pakej 1?

Tidak, bayaran penuh diperlukan semasa pendaftaran.

 

14. Saya pernah hadir Kursus KPP01 sebelum ini tetapi saya tidak menamatkan program kerana sudah tamat tempoh, adakah saya masih boleh mendaftar MyLESEN?

Tidak. MyLESEN tidak layak untuk pemohon-pemohon KPP01 Ulangan.


15. Jika saya sudah mendaftar dan membuat bayaran, adakah wang akan dikembalikan jika saya tidak tamat program atau membatalkan program?

Tidak. Kami mengamalkan polisi tiada wang dikembalikan.


16. Saya telah lulus Ujian Ujian Teori Bahagian 1, akan tetapi slip keputusan ujian hilang. Bagaimana saya ingin dapatkan salinan keputusan ujian?

Calon dikehendaki untuk memohon salinan keputusan ujian di Pusat Ujian di mana calon tersebut menduduki Ujian Teori.


17. Saya tidak dapat teruskan Latihan dan Ujian Praktikal di Institut Memandu Cangiran atas sebab-sebab tertentu. Bagaimana caranya jika saya membuat latihan dan Ujian Praktikal di Institut Memandu lain? 

Pemohon dikehendaki untuk membuat bayaran RM106 (termasuk GST 6%) untuk Transfer Fee. Kami akan sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk diserahkan kepada Institut Memandu baharu nanti.


18. Saya tidak dapat hadir ke Institut Memandu Cangiran lagi kerana tidak berada di Kuching, Sarawak. Bagaimana saya hendak dapatkan dokumen-dokumen pemindahan institut?

Pemohon boleh hubungi kami di pejabat atau email kepada kami ke help@cangiran.com. Bayaran boleh dibuat melalui online banking atau buat pindahan wang melalui mesin ATM. Kami akan menghantar dokumen-dokumen tersebut melalui pos. Kos penghantaran pos adalah tanggungan pemohon.


19. Bagaimanakah saya ingin pastikan saya mendaftar dan membuat bayaran melalui saluran yang betul?

Para pelanggan dinasihatkan supaya mendaftar dan membuat bayaran secara terus ke pejabat, iaitu secara terus kepada staf di kaunter pelanggan. Elakkan daripada berurusan atau membuat bayaran di luar pejabat kami. Sekiranya penyerahan bayaran dibuat melalui tutor/pengajar/pihak ketiga, pastikan anda menerima resit rasmi Institut Memandu Cangiran. Pihak pengurusan institut ini tidak menanggung kos kerugian pelanggan sekiranya pelanggan didapati membuat bayaran di luar pejabat kami atau meyerahkan bayaran secara terus kepada tutor/pengajar/pihak ketiga.