Calon E-Rayuan

 
APAKAH E-RAYUAN?
 
E-Rayuan ialah permohonan rayuan secara online bagi pemilik lesen memandu berikut sahaja:
1. Lesen Memandu Percubaan (PDL) tamat tempoh dan gagal ditukar ke Lesen Memandu Kompeten (CDL) melebihi tempoh 1 tahun.
2. Lesen Memandu Kompeten (CDL) tamat tempoh dan gagal diperbaharui melebihi 3 tahun.
 
Sekiranya permohonan rayuan berjaya, pemohon akan dikecualikan daripada:
a) menghadiri KPP01.
b) menduduki Ujian Teori Bahagian 1.
c) menjalani latihan amali KPP02 dan KPP03.
d) menjalani Ujian Penilaian QTI.
Akan tetapi, calon perlu menjalani Ujian Praktikal Bahagian 2 dan 3  semula.
 
 
BAGAIMANA MEMOHON?
 
Langkah 1: Pastikan nama pemohon tidak disenarai hitam
 
Klik link ini: SEMAK SENARAI HITAM
Pastikan anda daftar dahulu dalam web page tersebut. Jika disenarai hitam, calon tidak boleh memohon.
 
Langkah 2: Isi borang permohonan rayuan
 
Sila berurusan dengan kami di Cangiran Kulas dan buat bayaran permohonan RM30.
Maklumbalas dan jawapan daripada Bahagian Pelesenan, JPJ akan memberi jawapan secara online selepas 14 hari dari tarikh permohonan.
 
Langkah 3: Cetak surat jawapan permohonan melalui email yang kami hantar dan buat permohonan Lesen L di JPJ Negeri terdekat
 
Jika permohonan lulus, bawa dokumen-dokumen ini ke JPJ Negeri terdekat:
1 salinan surat jawapan permohonan
1 salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
2 keping gambar ukuran pasport
Bayaran RM30 untuk Lesen L
 
Pastikan calon mematuhi syarat-syarat lain dan arahan-arahan lain yang dinyatakan dalam surat jawapan permohonan.
 
Nota: Jika permohonan rayuan gagal, maka calon perlu ulang semula proses mendapatkan lesen memandu sebagai CALON BAHARU.
 
Langkah 4: Buat bayaran latihan dan ujian di pejabat Cangiran Kulas/Semariang
 
Bawa dokumen-dokumen ini:
1 salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
1 salinan Lesen L (depan dan belakang)
1 salinan surat jawapan permohonan rayuan
 
Langkah 5: Hadir Latihan Amali 4 Jam  
 

Calon digalakkan untuk menjalani latihan amali sekurang-kurangnya 4 jam walaupun latihan amali dikecualikan seperti yang dinyatakan dalam surat jawapan permohonan. Ini bertujuan untuk melatih calon-calon supaya mahir dan membiasakan diri dengan peraturan-peraturan, teknik-teknik, dan laluan ujian untuk Ujian Praktikal Bahagian 2 dan 3 semasa ujian nanti.

 
Langkah 6: Hadir Ujian Praktikal Bahagian 2 dan 3
 

Sila hadir pada tarikh yang ditetapkan.
Diingatkan bahawa calon e-Rayuan yang telah lulus Ujian Praktikal perlu memohon lesen memandu baharu (Lesen P) dan akan melalui tempoh Percubaan selama 2 tahun sekali lagi.
Jika gagal Ujian Praktikal, maka ujian ulangan perlu dibuat dalam tempoh 1 tahun dari tarikh ujian pertama tadi.