SELAMAT DATANG

Selamat datang ke Institut Memandu Cangiran, Kuching, Sarawak.  Institut Memandu Cangiran adalah milik sepenuhnya Institut Memandu Cangiran Sdn. Bhd. (300608-T) dan institusi yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dengan Nombor Rujukan Permit QK102.  Kami menawarkan kursus dan latihan memandu bagi pemohon-pemohon Lesen Memandu Malaysia.  Selain itu, pemandu-pemandu yang memiliki lesen memandu yang sah juga dialu-alukan untuk mendapatkan perkhidmatan kami untuk latihan memandu.  Kursus dan latihan, dan ujian praktikal yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan diadakan di tapak latihan operasi di Jalan Matang, Kuching.  Kami juga memiliki Pejabat Pendaftaran Calon di Jalan Kulas, Kuching dan Semariang, Kuching untuk kemudahan pemohon-pemohon yang ingin mendaftar.  Tenaga pengajar kami semuanya memiliki Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) yang sah iaitu dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan telah dilatih oleh Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia.

Perkhidmatan kami:

  1. Mengadakan kursus dan latihan memandu Motosikal (Kelas B2) dan Motokar (Kelas D dan DA).
  2. Menyediakan kemudahan kenderaan dan tapak ujian kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mengadakan Ujian Praktikal (Ujian Bahagian 2 dan 3).
  3. Menyediakan pakej latihan tambahan (refresh) kepada pemandu-pemandu yang sudah lama memiliki lesen memandu.
  4. Menyediakan perkhidmatan Pick & Send kepada pelanggan-pelanggan untuk pergi-balik ke institut.
  5. Menyediakan perkhidmatan permohonan rayuan serta pakej yang berpatutan  bagi pemilik-pemilik lesen memandu yang lesen memandunya sudah tamat tempoh dan tidak dapat diperbaharui lagi.