Pakej Latihan
Tweet
Kami menawarkan beberapa Pakej Latihan untuk pilihan pelanggan kami. Buat masa ini, Pakej Latihan yang kami tawarkan cuma untuk Lesen Memandu Kelas B2 dan Kelas D sahaja.
Kelas B2: Motosikal tidak melebihi 250 sp
Kelas D: Motokar tidak melebihi 3 tan
Pemohon-pemohon dikategorikan kepada:
1. Baharu; bermaksud pemohon belum pernah memiliki mana-mana Lesen Memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.
2. Tambah Kelas; bermaksud pemohon sudah memiliki Lesen Memandu Percubaan atau Kompeten yang hendak menambah Kelas Lesen Memandu pada Lesen Memandu sedia ada sekarang.
3. Ulangan; bermaksud pemohon sudah pernah menghadiri Kursus & Latihan tetapi gagal menamatkan program kerana Lesen Memandu atau sijil-sijil Kursus sudah tamat tempoh sah laku.












