BERITA TERKINI
Maklumat terkini untuk peserta BL1M Petrajaya.
18 Mei 2013
Makluman kepada semua peserta BL1M Petrajaya,
Tarikh Kursus Pra-L belum ditetapkan lagi. Kami akan maklumkan di ruangan ini nanti. Harap maklum.
16 Mei 2013
Makluman kepada semua peserta BL1M Petrajaya,
Bagi yang sudah lulus Ujian Teori Berkomputer, sila serahkan 1 salinan (fotostat) keputusan tersebut kepada kami di pejabat Cangiran Kulas atau Cangiran Semariang. Kami akan maklumkan penetapan tarikh Kursus Pra-L melalui laman web ini, email dan notis di pejabat. Sila buat semakan dari semasa ke semasa.
Bagi yang gagal Ujian Teori Berkomputer, anda boleh buat tempahan ujian ulangan berkomputer terus di pusat ujian. Jika sudah 3 kali ujian berkomputer tapi masih gagal, anda boleh memohon Ujian Bertulis. Jika berminat untuk memohon, kami perlukan (serahkan kepada kami):
1. 1 salinan Kad Pengenalan
2. Tiga (3) keputusan Ujian Teori Berkomputer yang gagal
3. Bayaran RM20
Jika tidak berminat untuk memohon Ujian Bertulis, anda dikehendaki untuk mengulang Ujian Teori Berkomputer berkali-kali sehingga lulus.
13 Mei 2013
Kepada semua peserta BL1M Petrajaya, memandangkan masih ramai yang belum lulus Ujian Teori Berkomputer, kami ingin memaklumkan bahawa kami lanjutkan tempoh untuk Ujian Teori Berkomputer dari 17 Mei 2013 sehingga ke tarikh yang akan diberitahu nanti. Bagi yang telah gagal ujian ini semasa cubaan pertama, maka anda dikehendaki untuk membuat tempahan untuk tarikh ujian baharu terus di pusat-pusat ujian teori.
Sila serahkan 1 salinan keputusan Ujian Teori Berkomper (yang lulus sahaja) kepada kami untuk rekod dan panggilan Kursus Pra-L.
Sekian, harap maklum.
9 Mei 2013
Kepada semua peserta BL1M Petrajaya, sila semak penetapan tarikh UJIAN TEORI BERKOMPUTER melalui link yang diberi di bawah. Masukkan nombor Kad Pengenalan.
Klik link ini untuk semak: SEMAK TARIKH UJIAN TEORI BERKOMPUTER
2 Mei 2013
Kami dimaklumkan oleh wakil dari Rilek Centre/Myeg Services bahawa terdapat sedikit masalah untuk kemaskini data calon untuk semua peserta BL1M Sabah dan Sarawak. Oleh yang demikian, tarikh Ujian Teori Berkomputer akan ditetapkan oleh Myeg Services ke satu tarikh nanti. Tarikh ujian akan dimaklumkan kepada semua calon melalui SMS ke nombor telefon yang telah didaftarkan.
Sekiranya perkara ini berlanjutan sehingga 17 Mei 2013, maka kami akan membuat penjadualan semula untuk para peserta supaya semua peserta boleh menamatkan program sebelum/pada 30 Ogos 2013.
Segala kesulitan yang dialami amatlah dikesali.
Harap maklum.
16 April 2013
PESERTA BL1M PETRAJAYA
PENDAFTARAN:
21 April 2013 (Ahad), 9 pagi – 1 petang di IM Cangiran, Jalan Kulas (Blok RHB Bank depan Wisma Satok)
22 April 2013 (Isnin), 9 pagi – 4 petang di IM Cangiran, Semariang (Sebelah bangunan Baitulmal, atas Islamic Cafe)
Bawa IC, 1 salinan IC, dan bukti pembayaran. Ingat nombor giliran masing-masing.
KURSUS KPP:
Tempat: Dewan Hikmah, Kuching
Sesi 1: 23 April 2013 (Selasa), 7 pagi – 12 tengahari
Sesi 2: 23 April 2013 (Selasa), 12.30 tengahari – 5.30 petang
Sesi 3: 24 April 2013 (Rabu), 7 pagi – 12 tengahari












