Tempahan Ujian

Ruangan ini untuk TEMPAHAN UJIAN TEORI BAHAGIAN I BERKOMPUTER dan TEMPAHAN UJIAN PRAKTIKAL BAHAGIAN II DAN III calon-calon Institut Memandu Cangiran sahaja.
Pusat Ujian untuk Ujian Teori Bahagian I pilihan ialah Pusat Ujian RILEK Simpang Tiga dan Pusat Ujian RILEK Kota Sentosa (Batu 7). Pusat Ujian ini TUTUP pada setiap Cuti Umum. Ujian Praktikal Bahagian II dan III pula diadakan di litar latihan Institut Memandu Cangiran, Jalan Matang pada setiap hari Khamis jam 8.30 pagi. Tiada Ujian Praktikal diadakan pada setiap Cuti Umum.
Sila semak HELPDESK untuk status tempahan selewat-lewatnya 1 jam sebelum ujian. Adalah dinasihatkan supaya sentiasa menyemak HELPDESK untuk mengelakkan sebarang masalah tempahan ujian. Jika masih tiada rekod tempahan ujian dalam HELPDESK boleh rujuk pendaftar di pejabat atau tutor masing-masing.

Apa yang perlu dibawa?
1. MYKAD
2. RM10 untuk tujuan bayaran Photo Taking (untuk Ujian Teori Bahagian I sahaja). Bayaran ini dicaj oleh Pusat Ujian RILEK dan perlu dibayar di pusat ujian tersebut.

Peraturan Pakaian Calon-Calon
Lelaki: Kemas, Baju berkolar, Seluar panjang, kasut (Selipar/Sandal, Seluar Pendek, dan Topi TIDAK DIBENARKAN).
Perempuan: Kemas dan sopan (Skirt pendek, seluar pendek, baju tidak berlengan, dan selipar TIDAK DIBENARKAN).


INGAT! Tempahan yang sudah dibuat tidak boleh ditukar. Semak tempahan sebelum “HANTAR”. Buat tempahan selewat-lewatnya 3 hari (72 jam) sebelum tarikh ujian. Semak email untuk mendapatkan maklum balas daripada kami.

Untuk tempahan, isi ruangan di bawah. Untuk kategori bukan warganegara Malaysia, masukkan nombor pasport dalam ruangan No. KP.

 


Nota: Ruangan bertanda asterik (*) wajib diisi.

Nama*

No. Kad Pengenalan*

No. Telefon*

Alamat e-mel*

Jenis Ujian*

Kelas*

Kategori*

Kaedah Bayaran*

Tempat / Hari / Masa*

Tarikh Ujian (hh/bb/tttt)*

Tutor/Pendaftar*

Pesanan

Jika saya tidak hadir pada tarikh ujian yang ditetapkan, saya akan buat bayaran dan tempahan semula. Pihak Institut Memandu Cangiran berhak untuk membatalkan tempahan ujian ini jika maklumat tempahan yang diberikan tidak tepat. Saya akan mematuhi peraturan pakaian yang digariskan oleh Bahagian Pelesenan, JPJ dan saya tahu dokumen-dokumen diperlukan semasa hadir ujian nanti. Saya akan semak HELPDESK 48 jam selepas saya hantar permohonan ini untuk memastikan tempahan ujian sudah dibuat.